Monday, September 15, 2014

Berhabuk

Fuh, berhabuk dah blog aku ni. Sebelum ni ada tukar nama sekejap, kepada 'DariMataPena.blogspot'. Tapi macam poyo sangat je bunyinya, so kembalilah kepada 'doctorayishah.blogspot'

So, 6 bulan je lagi sebelum medical student ini bertukar title kepada houseman/ intern/ doktor pelatih. Sebenarnya, banyak kali aku cakap 'kenapalah aku pilih doctor ni'. Cakap dengan kawan2 la. Sengaja nak carik modal nak bercerita.

Tapi, hakikat dan realiti yang sebenarnya, aku bersyukur sangat. Sebab Allah letakkan aku dalam jalan hidup ini. Perancangan Allah tu yang terbaik kan. Alhamdulillah. Sebabnya, biarlah rahsia ini menjadi milik aku, dan maha pencipta.

6 bulan lagi je nak sama sama dengan ropol aka housemate aku. Walaupun aku kadang2 annoying and x cakap dengan diorang yang aku suka kawan dengan diorang, but i want u to know that I love u guys to the moon and back *ayat zill faezrul sangat* *geli*. Bukan dengan ropol je. Ramai lagi kawan yg aku suka sangat berkawan dengan *bapak kau literal*. Syuad, abby, nailul, tasha, dila, ee, etc etc etc. 6 bulan je lagi sebelum masing2 dengan haluan masing2 kan *sob sob sob*.

6 bulan ni jugak, i need to push myself as far as i could. Yup, i got a problem when it come to procedure. My biggest problem. My biggest worries. Aku masih tak tau macam mana nak train diri untuk confident buat procedure. Even amek darah pon aku tak yakin. Maybe ada yang baca post ni kata final year medical student pon takut ke amek darah? apa daaaaa... i'm afraid to hurt others physically. Even lipas pon aku x sanggup nak penyekkan dia. Adik aku je aku berani cubit. Lain x berani. i'm that weirdo. Tengoklah nanti macam mana. Pandai2 lah aku beranikan diri.

Okay, final year medical student ni dah x de idea nak tulis apa. Cuma, kalaulah ada sapa2 baca blog yang berhabuk ni, mintak doakan aku untuk lulus masa final exam nanti. Doakan aku jadi seorang yang berjaya dan lebih confident. Doakan aku ea. Tutup mata, tadah tangan mintak kat tuhan aku berjaya, SEKARANG! hehe. sebab org kata lah, kalau org lain doakan kita senyap2 benda tu jadi lebih afdhal.

bersih sikit dah, tak berhabuk sangat.

1/2 of le housemate