Monday, September 15, 2014

Berhabuk

Fuh, berhabuk dah blog aku ni. Sebelum ni ada tukar nama sekejap, kepada 'DariMataPena.blogspot'. Tapi macam poyo sangat je bunyinya, so kembalilah kepada 'doctorayishah.blogspot'

So, 6 bulan je lagi sebelum medical student ini bertukar title kepada houseman/ intern/ doktor pelatih. Sebenarnya, banyak kali aku cakap 'kenapalah aku pilih doctor ni'. Cakap dengan kawan2 la. Sengaja nak carik modal nak bercerita.

Tapi, hakikat dan realiti yang sebenarnya, aku bersyukur sangat. Sebab Allah letakkan aku dalam jalan hidup ini. Perancangan Allah tu yang terbaik kan. Alhamdulillah. Sebabnya, biarlah rahsia ini menjadi milik aku, dan maha pencipta.

6 bulan lagi je nak sama sama dengan ropol aka housemate aku. Walaupun aku kadang2 annoying and x cakap dengan diorang yang aku suka kawan dengan diorang, but i want u to know that I love u guys to the moon and back *ayat zill faezrul sangat* *geli*. Bukan dengan ropol je. Ramai lagi kawan yg aku suka sangat berkawan dengan *bapak kau literal*. Syuad, abby, nailul, tasha, dila, ee, etc etc etc. 6 bulan je lagi sebelum masing2 dengan haluan masing2 kan *sob sob sob*.

6 bulan ni jugak, i need to push myself as far as i could. Yup, i got a problem when it come to procedure. My biggest problem. My biggest worries. Aku masih tak tau macam mana nak train diri untuk confident buat procedure. Even amek darah pon aku tak yakin. Maybe ada yang baca post ni kata final year medical student pon takut ke amek darah? apa daaaaa... i'm afraid to hurt others physically. Even lipas pon aku x sanggup nak penyekkan dia. Adik aku je aku berani cubit. Lain x berani. i'm that weirdo. Tengoklah nanti macam mana. Pandai2 lah aku beranikan diri.

Okay, final year medical student ni dah x de idea nak tulis apa. Cuma, kalaulah ada sapa2 baca blog yang berhabuk ni, mintak doakan aku untuk lulus masa final exam nanti. Doakan aku jadi seorang yang berjaya dan lebih confident. Doakan aku ea. Tutup mata, tadah tangan mintak kat tuhan aku berjaya, SEKARANG! hehe. sebab org kata lah, kalau org lain doakan kita senyap2 benda tu jadi lebih afdhal.

bersih sikit dah, tak berhabuk sangat.

1/2 of le housemate 

Wednesday, March 12, 2014

Pray For MH370

Assalamualaikum

aku hanyalah insan yang tak penting, tiada ahli keluarga dalam MH370, tiada rakan dalam pesawat itu, bukanlah orang yang terlibat secara langsung dalam kes kehilangan pesawat MH370.

Cuma, aku amat mengambil berat dalam kes ini. begitu juga dengan berjuta rakyat Malaysia yang lain. walaupun, tiada siapa siapa yang aku kenali dalam pesawat itu, tapi hati ni rasa sedih sangat dengan kejadian yang berlaku. setiap kali mengenang nasib semua penumpang pesawat MH370, aku menjadi sedih. Dan setiap kali mengenang nasib ahli keluarga yang ditinggilkan, hati aku bertambah pilu.

Bagaimana agaknya nasib 2 anak kecil, yang mana kedua ibu bapa dan abangnya merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370? Mereka masih kecil, yang hanya mengharpkan kasih sayang dari ibu, bapa dan abang mereka.  lepas ni, kepada siapa agaknya mereka akan menumpang kasih. Peristiwa ini terlampau pantas berlaku, tanpa diberi apa2 isyarat. bagaimana agaknya perasaan mereka, apabila secara tiba2 kasih sayang ibu, bapa dan abang hilang begitu sahaja?

emak kehilangan anak, suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu dan bapa. Aku cukup faham apa yang mereka rasai, kerana aku pernah merasa. Bezanya, aku tahu arwah adik aku pergi meninggalkan aku selama lamanya, dan mereka ini, masih tidak tahu status ahli keluarga mereka yang tersayang.




Seorang bapa yang ditemu bual dengan wartawan begitu tenang apabila diajukan soalan. Jawapan yang cukup positif, hanya berserah kepada Allah dan menerima segala ketentuan yang telah ditulis olehNYA, sama ada selamat ataupun sebaliknya. Cukup pilu aku mendengar jawapan daripada seorang bapa ini.

Malaysia terus menjadi tumpuan dunia ketika ini. kita dipuji kerana cekap dalam tindakan, tidak kurang juga dikeji dan dipandang hina kerana membenarkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, BERLAKU. Tiada alasan yang kukuh dapat diberikan sekiranya pesawat MH370 terhempas, kerana pesawat itu sedang dalam keadaan yang terbaik. Tiada bukti atau sebarang tanda berkenaan kehilangan pesawat MH370. negara terus mendapat tekanan sama ada dari pihak luar mahupun rakytanya sendiri.

Rakyat terus menjadi keyboard warrior. merekalah pakar aviasi, merekalah pakar ketenteraan, merekalah pakar penyiasatan, merekalah pakar segala-galanya. Kenyataan demi kenyataan yang bodoh dan memalukan terus menjadi 'penghias' laman sosial. tanpa mereka sedari, kita sedang diperhatikan oleh masyarakat dunia. mereka berterusan menjadikan Malaysia bahan ketawa dan mainan.

Harapanku, berhentilah, wahai rakyta Malaysia. berhentilah menghina dan menjatuhkan segala usaha kerajaan dalam mencari pesawat MH370. Kerajaan telah melakukan sehabis baik untuk menyelsaikan masalah ni. kita tidak tahu apa apa, yang kita tahu hanyalah menulis di atas key board ini. jangan berlagak pandai, seperti kita tahu serba serbi.

Dan yang terakhir, pulanglah wahai MH370. Pulanglah dalam keadaan yang selamat. Ramai yang menanti kehadiranmu. Ramai yang merinduimu. Pulanglah.



Ya Allah, berilah keajaiban. Amin amin ya Rabbal 'alamin :(