Sunday, June 16, 2013

My Life As A Medical Student *gonna be a loooonggg entry*

Hello bloggie.
tadi kan...aku bukak balik entry2 aku yang lama. Ya Allah, malunya aku...kenapakah aku buat entry2 mcm tu? x payahlah aku cakap yg mane kan...agak2 x matang, tulah yang aku malukan...

tapi x pe, aku x nak delete. benda tu akan membezakan aku, yang dulu, zaman sangat x matang kepada yang sekarang, matang tak berapa nak matang. but still, rasa nak masukkan kepala dalam tanah lepas tu timbus dalam dalam. So, mmg aku akan elakkan lah nak bukak balik entry2 lama.

Okay, hari ni, aku nak cerita sikit pasal kehidupan aku as a medical student. Nama je medical student, tapi entry banyak pasal benda lagho *malunyaaaaaaaa*.

Nak tau satu rahsia x? Even hampir setiap hari, kalau x setiap hari, at least seminggu sekali pon jadiklah, aku mesti ade cakap yang aku menyesal sangat amek medical course ni. Maybe, aku pernah tulis kat sini banyak kali yang aku x suka n menyesal amek medical course. x tulis kat blog, banyak kalilah aku tweet. x tweet, mmg banyak kalilah aku bagi tau kawan kawan aku, betapa x sukanya aku dengan course aku sekarang.

Tapi sebenarnya kan, aku cakap macam tu bila aku tengah down. Bila masa aku down? bila aku x perform dengan bagus, bila aku x study, bila aku banyak online, bila doctor or kawan2 tanya aku x dapat jawab, bila kawan2 yang lain jauh tinggalkan aku kat belakang. Mungkin pada pandangan kawan2 aku, aku rajin *iyelah kot*. siang malam study *kononnya*. Tapi hakikatnya TAK! hampir setiap hari aku struggle nak bagi fokus. mmg aku pandang buku tu, tapi entah kenapa, mcm susah sangat nak digest *sometimes*. Perkara2 ni yang buat aku sangat2 down.

Tapi bila aku fikir fikir balik, x delah setiap masa aku down. Phase 1a or kate lain first year as a medical student. Time tu, aku mmg gila. Aku gila study! terkejut kot sebab masuk medical school. okay, result aku pon agak power la. x sangka boleh dapat macam tu *tapi still kalah dengan ani, hehe*. masuk second year, dah mula riak. 'aku punya result hebat kot mase phase 1a, 1b ni mesti ikut jejak langkah 1a la' *kata aku dalam hati*...perghhh, sekali exam, jatuh merudum rudum...tergolek golek penyek! tapi aku kata dalam hati 'x pe, still top **'...and then masuklah clinical year.

Clinical year or name lain dia phase 2, kitorang dah start ke hospital. Jumpa patient, bed side teaching n present depan doctor. Aku blur! first posting, medicine. perghh, blur habes. macam mane nak present? clerk nak tanya apa? lecture pon ape yang aku belajar ni? pathology? microbiology? medicine? surgery? ape yang aku belajar ni? Aku blur! tambah2, banyak main2 masa phase 2. Banyak sangat. N something yang x dijangka jangka happen tapi biarlah aku dan Allah je tahu. Exam. fuuuuhhhh result aku...fuuuuhhhhhhh....Aku macam kena subarachnoid hemorrhage mse tu. Rasa macam kepala kena ketuk kuat gila! x sangka teruk mcm tu sekali. Nak teruk pon agak2 lah. x yah mcm tu sekali..fuhhhhhhhh, x boleh nak cakap apa. Masa tulis ni pon geleng geleng kepala...perghhh..the worst result ever!

Then, masuklah phase 3A or 3rd year. sekarang ni posting terakhir, specialty. phase 3A banyak ajar aku. banyak sangat. sangat! Aku x tau ape result aku untuk exam yang lagi sebulan je. tapi aku dah penat kalau nak fikir pasal result je. Ade org cakap 'keep your mind work-oriented instead of result-oriented'. Tapi aku x boleh. Aku sangat pentingkan angka! Housemate aku taulah aku mcm mana. Okay, aku try untuk perbaiki result aku masa final exam. X kan jadi macam mase phase 2 dulu. tapi apepun, aku tawakal je lepas aku berusaha.

But there's one thing yang aku bersyukur. Allah berikan aku keyakinan masa phase 3A ni. keyakinan apa? keyakinan untuk bercakap. Alhamdulillah, benda yang paling aku takut n aku elakkan dulu, aku dah berani buat sekarang. Aku dah berani cakap kat depan. Presentation masa bedside sangat membantu. N baru2 ni, aku ada lah present kat depan org ramai. Mula2, masa nak mula cakap, rasa macam ade benda tersekat kat tekak. Suara masa cakap kat mike, seriously mcm tercekik tulang..n aku rasa nak nanges sebab nervous. Tapi, lama lama aku dah mula rasa selesa. Apa yang aku bangga dengan diri aku, aku berjaya tewaskan rasa takut tu. Betul kata makteh, ape yang nak ditakutkan sangat. Cuma kalau bab2 bagi talk dekat junior ke mmg aku x boleh. Bukan bidang aku. haha.

Actually, being a medical student banyak membantu aku. Mungkin pada pandangan orang, aku still sama..Macam tulah anis masa first year, macam tu jugaklah anis masa 4th year ni. Tapi diorang x kenal ak masa dekat sekolah. Seriously, aku rasa banyak perubahan dalam diri aku. MEDICAL SCHOOL banyak ajar aku erti hidup. Terlampau banyak sampai aku dah tak tau nak bagi contoh ape. Dulu, aku takut nak tegur strangers. Sekarang, nak tak nak kena tegur la kan, kalau tak, tak dapat clerk la jawapannya. Tu satu, banyak lagi sebenarnya. tapi malas nak fikir apa.

Tapi aku masih x berpuas hati..Iyelah, banyak sangat lagi yang aku perlu perbetulkan dekat diri aku ni. Banyak sangat! Aku sangat goyah. Aku x tetap pendirian. Mudah terpengaruh. Suka berhibur. And yang paling aku x suka, i'm a half-empty-glass type of person. Ramai orang yg aku tanya, mcm mana nak jadik positif. Aku x boleh berterusan dengan sikap negatif, sikap semua orang salah, sikap cepat terasa sebab semua tu akan jadik nanah dalam diri aku ni. Aku kena ada jati diri. Barulah aku boleh tergolong dalam umat or bangsa yang berkualiti, yang satu hari nanti boleh membantu umat manusia. And then, awin cakap "orang yang dekat dengan Allah, kuatlah jati diri dia".

It's true! Sebab tu aku kata, banyak lagi yang aku perlu perbetulkan kat dalam diri aku ni. Terlampau banyak n aku x boleh buat semua tu dalam tempoh yang sekejap. InsyaAllah, one day. Sebab banyak peluang depan mata n sekaranglah masa yang paling sesuai. But, I need time alone before I join people because there's part of me yang still kata 'dah kira okaylah ni' padahal TAK! What I need the most is self-motivation.

Actually, aku rasa macam nak tulis lagi. tak cukup lagi pengalaman as a medical student ni. Tapi kan, sekarang dah pukul 1 pagi n aku sorang2 kat bawah ni...rasa seram sejuk pulak. okaylah bloggie, sampai sini jelah ea entry kali ni..Last but not least, aku akan teruskan dengan penuh semangat dalam bidang ni n aku akan buktikan kepada diri sendiri, kepada parents aku, kepada kawan kawan aku that one day, i'll be a good doctor!