Wednesday, November 23, 2011

demam suka SEA masih diteruskan *semangat x aku?*

Tanpa menghiraukan cemuhan penyokong tuan rumah,
tanpa menghiraukan serangan mental mahupun fizikal.
tanpa gentar dengan asakan padu mereka.
tanpa erti PUTUS ASA...

terima kasih!
terima kasih!
terima kasih!
terima kasih YA ALLAH kerana memberi kejayaan ini kepada kami
terima kasih HARIMAU MUDA kerana berjaya memelihara maruah negara
terima kasih rakyat MALAYSIA kerana sentiasa menyokong
sentiasa berdoa untuk mereka..
sentiasa memberi semangat di kala mental sedang dicerca..




pertama kali,
aku rasakan bola sepak negara sedang meniti kemasyhuran
setelah sekian lama menjadi bahan ejekan rakyat sendiri
akhirnya mereka membuktikan bahawa MALAYSIA BOLEH!

mungkin belum jumpa lagi MOKHTAR DAHARI
mungkin kita masih di bawah korea selatan..
mungkin kita belum layak untuk ke olimpik..

namun, percayalah.
ini hanyalah permulaan.
permulaan kepada perjalanan bola sepak negara
yang selama ini menyuram

wahai rakyat MALAYSIA,
teruskanlah memberi sokongan,
teruslah memberi galakkan,
teruslah berdiri di belakang mereka..




kerana tiada apa yang mustahil sekiranya kita sentiasa bersama
KITA SEMUA BAWAH SATU BENDERA
DAN PERCAYALAH.
MALAYSIA BOLEH!



P/S: sajak di atas di copy dari satu sumber yang perlu dirahsiakan..and aku dedicatekan dekat semua HARIMAU MALAYSIA...x kiralah muda ke tua..sebab mereka semua adalah HARIMAU MALAYA!

No comments: