Wednesday, November 30, 2011

final dah dekat.seramm!

hello bloggie..lame dah x mengarut pasal diri sendiri.

nak tau x,,final lagi sebulan..tolak cuti, tolak lagho, tolak tdo..pejam celik,pejam celik..memang kejap sangat lagi nak final..

FOMS, MSSK, CVS, HIGO, GIT, EGUR, CNS...aku belum cover ape ape..

GIT dah lah...sikiiiiittt.. 1/50 from the whole module..

ape nak jadik ni? tajuk mmg aku cakap seram,..tapi perasaan sebenar, x seram langsung, cuma runsing sikit sebab aku ni pemalas sangat..

macam mana nak jadi rajin macam budak rumah ani r?

kalau aku study, rase seronok sangat lepas tu..tapi nak mulakan tu mmg payah sangatlah..hanya Allah je yang tau.

ermmmm..conclusion: aku nak tdo! ngantuk..

okbai :)

Sunday, November 27, 2011

MALAYSIA VS BAHRAIN: Kekalahan yang amat menghampakan,tapi...

KF,,ape benda ko ni?selalu cemerlang je aksi ko..ap kes malam ni?

Harimau Muda, dulu masa lawan syria ,,bolehlah guna alasan "harimau lesu"..sekarang ni??

kita dah lead 2-0 kot..pastu,,senang2 je bagi diorang free goal sampai 3?ape ni!!

kata2 kat atas tu bukan dari aku ea..tapi dari facebook..memang malam ni,,semua rakyat MALAYSIA amat kecewa dengan prestasi Harimau Muda...

n aku dapat rasakan,,KF mmg kena teruk lah..pemain semua pon mesti kena hentam teruk..sape x terkilan kan..bile kite dah macam nak menang, pastu..dalam masa 6 minit je, semua jadi lain..

ramai kawan2 kat fb cakap yang Harimau Muda ni over cnfident...melayu dia terlampau yakin..mungkin diorang masih diawang-awangan sebab menang SUKAN SEA hari tu kan..

kekalahan dgn Syria, penonton still stay kat dalam stadium..tapi kekalah dengan bahrain dalam masa 6 minit, ramai yang lari keluar stadium..

semua dah hilang kepercayaan kat Harimau Muda kan..

Tapi, inilah manusia..bila diorang kat atas,,puji melambung..tapi bile diorang kat bawah, kutuk macam diorang x de perasaan..bukan aku nak side Harimau Muda yang memang buat aku terkilan malam ni..cuma aku agak marah bile mentaliti kita still mcm ni..

aku pon same je..agak marah dgn KF malam ni..tapi, bile aku fkir2 balik, inilah yg dinamakn ketentuan tuhan..

mesti ade yg cakap..

kutukan semua ni,, buat peringatan kat diorang..supaya diorang bangkit n terus maju ke hadapn..

emm,,baguslah tu..cuma sape yang x rasa down bile kena kutuk kan..kena kutuk dengan sorang je pun dah rasa frustated gile..berpada padalah kalau nak mengutuk tu..

seperti post aku yang ini ..aku akan terus menyokong diorang..cuma aku harap, diorang x kan terus terusan melenturkan kepercayaan rakyat malaysia kat diorang..

n, aku suka dengan komen seorang kawan kat fb ni..

tu nmenyer xd rezeki...
ap pn dorg dh cbe sbaik mgkin,
cbe kte yg gnti tmpt dorg...knfem bole menang ke??
so hrgai la pmain kte wlaupn kalah..
jgn menang myokong tp kalah mgutuk..

ok guys, kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya..cuba lagi..fighting!!! 

Wednesday, November 23, 2011

demam suka SEA masih diteruskan *semangat x aku?*

Tanpa menghiraukan cemuhan penyokong tuan rumah,
tanpa menghiraukan serangan mental mahupun fizikal.
tanpa gentar dengan asakan padu mereka.
tanpa erti PUTUS ASA...

terima kasih!
terima kasih!
terima kasih!
terima kasih YA ALLAH kerana memberi kejayaan ini kepada kami
terima kasih HARIMAU MUDA kerana berjaya memelihara maruah negara
terima kasih rakyat MALAYSIA kerana sentiasa menyokong
sentiasa berdoa untuk mereka..
sentiasa memberi semangat di kala mental sedang dicerca..




pertama kali,
aku rasakan bola sepak negara sedang meniti kemasyhuran
setelah sekian lama menjadi bahan ejekan rakyat sendiri
akhirnya mereka membuktikan bahawa MALAYSIA BOLEH!

mungkin belum jumpa lagi MOKHTAR DAHARI
mungkin kita masih di bawah korea selatan..
mungkin kita belum layak untuk ke olimpik..

namun, percayalah.
ini hanyalah permulaan.
permulaan kepada perjalanan bola sepak negara
yang selama ini menyuram

wahai rakyat MALAYSIA,
teruskanlah memberi sokongan,
teruslah memberi galakkan,
teruslah berdiri di belakang mereka..




kerana tiada apa yang mustahil sekiranya kita sentiasa bersama
KITA SEMUA BAWAH SATU BENDERA
DAN PERCAYALAH.
MALAYSIA BOLEH!



P/S: sajak di atas di copy dari satu sumber yang perlu dirahsiakan..and aku dedicatekan dekat semua HARIMAU MALAYSIA...x kiralah muda ke tua..sebab mereka semua adalah HARIMAU MALAYA!

Monday, November 21, 2011

congrats malaysia, khairul fahmi worldwide trending

hello bloggie..sebelum ni aku ada post, yang aku berdoa semoga malaysia menang kan.. (doaku untuk harimau malaya)..n alhamdulillah,,HARIMAU MUDA berjaya membawa pulang pingat emas..

aku amat berbangga dengan diorang...

pada awal permainan, Indonesia mendahului dengan sepakan dari sape entah..aku dah mula emo dah..lepas gol indon tu je,,x bercakap lah aku..mmg emo+sedih+sedihhhh sangat :(((

lepastu, dengan sepakan penjuru dari kapten malaysia- baddrul dan ditanduk kemas oleh penyerang malaysia-asra (hansome), akhirnya MALAYSIA mampu mengikat mata penyamaan (betul x kosa kata aku ni)...

dengan menggunakan segala kudrat yang ada, aku menjerit sekuat hati!!peluk semua orang dalam rumah aku ni..erin menjerit kegirangan, awin menangis keharuan, jah tersenyum kegembiraan, sarah melompat keterujaan...kami seperti dirasuk syaitan!!

mmg macam nak nangis, tapi lek dulu..baru 1st half..

masa second half pulak..indon asyik serang je..pemain malaysia nampak keletihan..momentum permainan harimau muda nampak sedikit goyah..dengan hanya bertahan, tanpa menyerang, kita masih mampu mengekalkan kedudukan seri satu sama sehingga wisel penamat.
(mcm comentator dah ni)

namun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol malaysia.......cop...tuka corak penyampaian..

tapi,,KF mmg terbaiklah!!!die selamatkan banyak gile bola..bonai sampai dapat tension-headache..jampi punya jampi,, bola x masuk2 jugak!! tension aku (kate bonai)

defense kite pon hebat jugak :')

tamat separuh masa kedua, kedudukan seri lagi ni..so adelah masa tambahan..still x de gol...

akhirnya,,kemuncak bagi segalanya..hanya penalti yang menetukan siapa menang, siapa kalah..

sengit sangat!!dan akhirnya..MALAYSIA MENDAPAT KELEBIHAN SATU GOL!!!!!! HASIL SEPAKAN KETUA PASUKAN-BADROL....tahniah diucapkan.....okay,,tuka corak penyampaian..

terbaiklah baddrol..walaupun mula2 bola tu macam dapat diselamatkan,,tapi,,berbekalkan doa rakyat malaysia yang jitu ni,,bola tu melantun ke dalam gol....terima kasih YA ALLAH...TERIMA KASIH!!!

apa yang paling manis, kita menang 2 kali kat tempat yang sama,,lawan tuan ruman,,,disaksikan hampir
100 000 penyokong tuan rumah dalam stadium bong karno tu! TERBAIKLAH MALAYSIA...

sanggup aku stay up lagi sekali,,sbb nak ucapkan tahniah kat skuad harimau muda...

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

and,,berbalik kepada tajuk post aku hari ni..disebabkan malaysia menang...#congratsmalaysia n #khairulfahmi jadi world wide trending kat twitter..tapi sekejap jelah..iyelah..rakyat malaysia kan x ramai..

last but not least, CONGRATS MALAYSIA,,KHAIRUL FAHMI, you are the best...and skuad HARIMAU MUDA, kamu telah menaikkan MARUAH NEGARA MALAYSIA...

I AM PROUD TO BE MALAYSIAN


p/s: x payahlah nak marah sangat dengan fakri tu..ingat dia nak ke tendang bola tepat2 kena penjaga gol indon tu?dia yang bawak malaysia ke final kan.sampai nak buat main name dia,,suka hati tuka ejaan,,ni ke sikap rakyat malaysia..setahu aku,,ni sikap ortang x bertamadun je..

doaku untuk HARIMAU MALAYA


YA ALLAH..
berilah kemenangan kepada HARIMAU MALAYA..
semoga kami dapat pulang dengan membawa pingat emas..
permudahkanlah pemain2 MALAYSIA untuk menentang pemain2 INDONESIA
dan...
berilah kesedaran kepada rakyat INDONESIA supaya menghormati kami, rakyat MALAYSIA
Amin Amin ya Rabbal 'Alamin

kepada skuad malaysia,,
apapun yang terjadi malam ni,
tak kira menang atau kalah..
sokongan tetap diteruskan..

HARIMAU MALAYA!
BERUSAHA!


kami akan sentiasa menyokong anda

Thursday, November 17, 2011

special post for Harimau Malaya

hello bloggie.lame dah x update rasanya.. nak update pasal pergi taiping hari tu dengan housemate, tapi maklumlah..intenet rumah aku kan suka buat hal. malas dah nak upload gamba.

hari ni, Malaysia lawan indonesia untuk perlawanan separuh akhir sukan SEA. masa syahrul golkn, boleh plak aku tertidur.penat sangat hari ni kan..

bile terdengar housemate jerit kuat gila (macam hajar jerit masa pencurik masuk rumah kitorang), terus aku terjaga. terus lari turun bawah..

perlawanan malam ni mmg berdebar sangat2 lah. yelah, Malaysia lawan kat indon-orang indon benci Malaysian-pressure dekat stadium-coach kena halau-indon banyak IMPORT---setelah melaui semua itu, akhirnya kite menang jugak!

congratz defense, congratz syahrul, congratz khairul fahmi ! korang mmg terbaik! aku mmg suka gile sebab kite kalahkan indon kat tempat dia..



kalau lah main kat malaysia, n bukan bawah 23 je yang main, mmg 3-0 lah!

x baik riak..

apepun, aku bangge sangat jadik rakyat malaysia! aku bangge sangat dengan Harimau Malaya!! aku bangga pakai jersi malaysia malam ni. n dah pukul 2 pon, aku still x tdo sbb nak update blog pasal Harimau Malaya

HARIMAU MALAYA TERBAIKKK!!!




Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..



Saturday, November 12, 2011

greyson chance vs najwa latif

hahahha, budak ni comellah.bukan najwa ea..tapi greyson tu..