Monday, October 31, 2011

takutnya

dah nak dekat kan, so aku dah mula rasa takut.dulu tak sebab x berapa nak faham..sekarang dah faham sikit sikit.

bila blog yang pro pun dah mula berpaling tadah, x ke seram?

macam manalah kalau kalah eak? kalau ikutkan perjuangan masa diorang keluar dulu, aku boleh terima. tapi sejak ada duri dalam daging tu, nak bagi jugak ke nasib kat tangan dia?

maybe dia pro-barat.macam mana kalau macam tu?takut apa2 jadi kat kami.

aku sentiasa doakan yang terbaik.

Friday, October 21, 2011

mood, where are u going

hello bloggie..2-3 hari kebelakangan ni, aku mcm dah x de mood la..aku x tau sebab apa, sebab effect slalu dnga lagu emo ke?

maybe sebab tengah dalam keadaan hormone x stabil kot..tpi lame lagi aku nak period. so maybe ade fluctuation hormone lain selain dari hormone for menstruation cycle kot.

masalhnya, sekejap mood ada, sekejap x de. macam intenet rumah aku, sekejap ada, sekejap x de.



mungkin juga sebab perubahan aku yang banyak bercerita pasal orang lain kebelakangan nie. tp mcm x je..bergosip mmg rasa berdosa tapi aku x brape nak rasa bersalah. okay, aku kena join usrah! (just kidding)

okay, mari carik sebab lain. sebab orang sekeliling aku pon macam dah x de mood kot. hari hari ada orang emo, ade orang jiwa kacau, ada orang yang hilang jugak mood dia macm aku..

lepas tu aku akan terfikir, diorang jadik macam tu disebabkan aku ke? ak ni PERASA (mudah terasa) sikit. tapi lepas tu aku akan terfikir balik apa yang aku buat.mungkin ada yang disebabkan aku, mungkin tak.ermm. ALLAH know the best!

sebab lain, aku x study. aku rasa aku BODOH! bodoh sombong to be exact. dah tau bodoh x nak study. dah tau bodoh x nak focus kat kelas!

tapi, aku kan x de mood. padahal belajar ketika malas adalah antara jihad yang besar. tapi aku lagi besarkan malas aku dari jihad. BODOH kan aku!

my family will come to perak this coming sunday. i hope for a new hanset, for a wonderful dinner and lunch, n i really hope that they arrive SAFELY. ALLAH, please ease their way to ipoh.

p/s: having twitter is one of the unnecessary thing actually. twitter is the BIGGEST factor of my mood swing! should i deactivate my twitter account? nope!



Wednesday, October 19, 2011

Best Friend

hampir setiap orang ada best friend..tapi tau x ape maksud best friend?

bagi aku, best friend tu kawan yang boleh buat ketawa, kawan yang boleh mengadu, kawan yang boleh nanges same2..




 biasanya, best friend ni antara 2 orang, tapi mungkin je ade yang lebih dari 2 orang..




 kalau macam aku, aku ni memang seorang kawan yang boleh buat ketawa sama sama, tapi aku x pandai nak menangis sama2 dengan kawan2 aku..aku x pandai nak adukan masalah aku kat diorang, aku x pandai nak mendenga masalah orang lain..

yup, aku x boleh jadik best friend orang lain, tapi x pe..aslkan aku ada kawan yang boleh buat aku ketawa dah cukup..

kawan menangis aku biasanya kertas dan pen, x pun shower..sebab aku lagi suka cara ni untuk buat aku okay..kalau aku cakap dengan orang benda yang buat aku sedih,,darpida nak menangis terus jadik ketawa nanti..x leh blah

tapi bukan pasal aku yang nak diungkapkan di sini..boleh x best friends bergaduh?

of koz lah, n kalau 2 orang best friends bergaduh, effect die lagi besar daripada bergaduh dengan musuh2 kita..kenapa best friend perlu bergaduh?

sebabnya banyak..antaranya, kecewa dengan sikap dia, bosan dengan dia, salah faham, CEMBURU... tapi kebanyakkannya hanya diesbabkan satu perkara..satu perkara yang betul2 besar, telah melukai hati seorang kawan yang seorang lagi..

sekarang ni, aku dah lihat 3 situasi di mana best friends dah jadik macam enemy..ermm, mungkin x sampai tahap enemy..hanya bermasam muka,,untuk seminggu, 2 minggu or maybe sebulan..

1 situasi telah diselesaikan dengan aman dan aku gembira dengan perkembangan itu. tahniah kawan ku.. .. =)

lagi 2 situasi, mereka berempat..ermm,,tapi dalam 2 situasi yang berbeza. seorang daripada empat itu terdapat dalam kedua dua situasi...

macam mana aku tau? berdasarkan pemerhatian aku yang memang kaki gosip ni.. aku bukan nak busy body ke apa..maybe aku lagi suka tengok kau dan best friend kau rapat macam dulu..ketawa macam dulu..sentiasa bersama sama macam dulu..

aku agak sedih..ermm,, x sedih kot..aku agak kurang gemar bila berlaku permasaman muka antara kamu berempat (dalam 2 situasi yang berbeza) sebab yang mungkin aku x tau, sebab yang hanya korang berempat je tau, tapi aku tetap berharap kamu berempat kembali seperti dulu..

dulu, aku agak jelous dgn keakraban kamu berempat, tapi skrg, knape dah macam strangers antara satu sama lain?


Tuesday, October 18, 2011

my new addiction

hello bloggie..kisah bermula apabila salah seorang kawan saya post video sam tsui kat facebook..aku tengok n aku terus tersuka kat dia..walaupun dia x brape nak hansome sangat, tapi suara dia amat best..aku amat suka..dia banyak buat cover lagu orang,,tapi still dia ada lagu sendiri..

aku paling suka dia buat cover "jars of heart" -rock version-..serius sedap giler!!


pastu,,ade je lagu lain yang dia buat cover n sume aku suka..lagu adele 'rolling in the deep' yang aku x suka pon jadik sedap *bias (-_-")


rolling in the deep

hold it against me

born this way


how to love


if i die young


we found love (ni antara yang tersedap jugak lah)

he also has his own song,,tapi biasa2 je..x delah sedap mane..



at least, he's doing a cover with a perfect and good voice..bukan macam sorang budak ni..make a cover of other's song , but her voice is just like singing in a karaoke..huh?? n ramai plak yang suka..x pelah, citarasa masing2..

nampaknya i need to say goodbye to SHINee lah..n those k-pop thing..actually, dah say goodbye lame pon,,cuma ni nak official,,sbb tulis kat blog...pasni,,x delah aku dgn korea je..hehe

oklah,,nak tgok citer korea dulu..annyong!





Tuesday, October 11, 2011

A Touch of Sarawak-MEMORABLE experience-


Hello bloggie..first sekali,sebelum aku nak tulis panjang2, aku nak cakap terima kasih sgt kat awin sebab ajak aku pegi sarawak...mula-mula, rasa takut jugak..yelah,,aku mane penah naik flight..dalam kepla otak,,dah terfikir mcm mcm ..kapal terbang terhempas lah, x lepas mase di scan sbb ade org masukkan dadah lah..tapi,,syukur sebab sume benda tu x berlaku..

pengalaman pergi ke sarawak dengan housemate and kawan kawan yang lain ....serious TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK!! pengalamn yang paling best,,pengalaman yang paling aku x boleh lupa..senang kata,,aku suka gila dengan "percutian" kitorang kali ni..

masa first sampai,,kitorang tinggal kat DBNA selama satu malam..DBNA=Dayak Bidayuh National Association..

belakang tu dewan utama DBNA, gmbar beramai2 sebelum meninggalkan DBNA

Dinner kat DBNA

Dekat pintu masuk DBNA

dekat DBNA,, macam biasa je..tenpat pon x delah cantik sangat,,x delah buruk sangat..malam pertama kat Sarawak,,kitorang buat rehearsal and ice-breaking..insyi ajar kitorang main blowing blow...malam tu,,aku pakai baju jingga,,tudung biru..aku malas nak matching2 colour hri tu,,tapi bile tgok balik gba aku,,malu pon ade..ape ke sengal aku pakai mcm tuh!!!

sengal x sengal? sumpah x nak buat lagi

esoknya,,kitorang pergi water front..tempat shopping souvenir n makanan sarawak..aku habis RM120 kat situ...


okay,,lepas pergi water front tu yang paling seronok!!kitorang pergi Sarawak Cultural Village (SVC),,kat situ,,kitorang tengok rumah2 yang ade kat sarawak..




















Tengok2 rumah,,bunyinya x delah menerujakan sangt kan..ape yang paling menerujakan,,ade show pukul 11.00 pagi..show tarian kebudayaan kaum di sarawak..serius BEST GILER!!!lagilah ade dua orang penari yang hansome,,lagi BEST!!!

serius die comel gile,,kelakar pon ade,,gedik pon ade!!


yang kiri tu comelll!!

tempat aku mmg betul2 strategik..heee,,suke2

tapi, of koz lah hani yang paling best..die kena panggil atas pentas,,pastu dapat gambar dengan diorang pulak tu..ape lagi,,kitorang sorak lah kuat2..teruja sebab kawan kitorang yang dapat naik atas pentas tu..

jeles gile dengan hani!!!!

ramai gile yang tengok show tu,,kebetulan ramai budak sekolah pegi SCV hari tu...

lepastu,,kitorang pon berangkatlah ke kampung Bunuk..penduduk kat homestay ni,,amat bangga dengan budaya diorang..almost all of them are christian..aku x de downlod gamba mase dekat kampung bunuk..banyak kat camera mozack tapi die belum upload lagi..

tapi,,serius..kat kampung ni mmg aku enjoy sgt..malam pertama kat kg tu,,kitorang menari mcm orang gile!!even aku x pandai menari,,tapi aku tetap enjoy sgt!!adelah makcik yang memberi air tuak kan,,nasiblah x de kawan2 aku yg muslim ni pegi minum..

kepecayaan diorang mmg lain sgt dengan kite..tapi pandai2 lah jaga diri kan..auntie homestay aku dengan family die serious terbaik!!dengan housemate yang best: hani,,rahee,,abby,,afiq,,mozack...menjadikan suasana amat best!!!!

cara pemakain yang salah sebenarnye


pondok kecik je,,tapi serius enjoy gile malam ni "MALAM MABUK"

esoknya,,ada aktiviti kolej satu hari..medical chek-up, career talk,, community work.n sukaneka.


habes je buat sume tu,,kitorang pegi bamboo bridge merentasi sungai yang ade buaya putih..


x delah tinggi sangat,,tapi kaki still ketaq!!


eeee!!!tangan rahee overlah


tapi,,aku,,afiq n awin ade pengalaman tambahan,,kitorang pergi rumah ke rumah sebab nak panggil penduduk kampung pegi dewan,,buat medical check-up..afiq awal2 je smgt,,last2,,die yang dah x larat..hampeh lah ko azwan ali!!

malam tu,,malam penutup sudah...biasa je malam tu,,cume mozack terlebih hyper..die dah terjangkit dengan aby,,bayangkanlah..sume orang dah duduk sebab penat,,die boleh lagi menari sorang2 kat depan..n ade pesembahan dri budak2 bidayuh..comel sangat!!!


seperti yang aku ckp tadi,,gambar2 dengan family angkat x dapat nak upload..sbb x de kat aku lagi..besoknye,,kitorang dah kena balik..sob sob...disebabkan esoknya kitorang balik,,malam tu,,kitorang berbual dgn family agkat spi pagi..banyak belajar pasal diorang..

selamat san san-selamat pagi
selamat ngarem-selamat malam
selamat tengahnde-selamat tengah hari
bengap-kepala
berak-pisang
belon-kapal terbang
tenuk-makan
lawa-sombong

banyak lagi,,tapi otak aku x berfungsi skrg..

dan,,kami pon baliklah ke semenanjung...sob..sob...sob..sob

awan nano!!!~~

hmmm,,,pengalaman dekat srawak mmg TERAMAT AMAT SANGAT BEST!! thanks kat penduduk kampung bunuk sebab bagi layanan yang terbaik untuk kami semua..x kan lupe auntie jeanne ,,jojo,,angelina,,michelle,,alvira,,uncle..n sume lah!!thanks korang..



oklah,,sampai sini jelah..akhirnye,,siap pon report aku..


Wednesday, October 5, 2011

mungkin ini trend

hello bloggie..sebelum nak tulis lebih panjang,,aku nak bagi tau awal2, post ni berkaitan sikit ngan politik negara..x panjang pon,,nak tulis sikit je..

dah lame aku nak tulis ni, tapi sekarang baru ada mood nak tulis. oklah, aku mulakan ea..

mengikut pandangan seorang pelajar medic yang hanya berumur 20 tahun, masih mentah dan mungkin tersalah, aku dapat rasakan yang BARISAN tidak mudah tumbang dengan PAKATAN..(nama singkatan je lah ea)..

walaupun nampaknya ramai remaja or yang berumur 20-an agak anti-BARISAN, tapi aku dapat rasakan golongan itu hanyalah golongan yang "PROPA JE LEBIH"..

kenapa propa je lebih? sebabnya apa yang mereka sokong,, iaitu PAKATAN, sampai sekarang x dapat nak pegang malaysia lagi. buatlah mcam mane pun, fitnah lah ape pun kat BARISAN, PRU mesti dapat kat tangan BARISAN..

diorang kalah kan, sebab tu terlampau banyak alasan yang timbul..pilihan raya x tulus, najib ngan rosmah kena fitnah macam macam, BARISAN itu x betul, ini x betul..setiap yang BARISAN buat semua salah...

kenpa banyak sangat mulut diorang? sebabnya satu je, DIORANG X MENANG! cuba kalau PRU nanti diorang menang, wah!! terus senyap lah..puas hatilah sebab diorang dah dapat apa yang diorang nak...dah x denye statement "pilihan raya x adil"..pada msa ni, barulah penyokong BARISAN pulak yang akan bising...

sebab tu aku cakap,,"mungkin ini trend"..orang akan bising kalau apa yang diorang x dapat, apa yang diorang x capai,,x dapat direalisasikan...kalau dah dapat,,barulah senyap..cuba tengok anak kecil yang menangis sebab x dapat kotak pensil ben-10,,tapi bila mak ayah dah belikan,,senyap terus..samalah macam kes ni..

apa yang aku kurang faham kat sini, kenapa nak sangat PAKATAN naik eak..ini trend lagi satu, selagi PAKATAN x naik,,orang2 dia sibuk cari kesalahan BARISAN...kalau PAKATAN naik nanti, orang2 BARISAN pulak yang carik kesalahan PAKATAN..

senang kata, masing masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri..x kiralah, BARISAN mahupun PAKATAN..masing2 mempunyai kelemahan ,,masing masing mempunyai kekuatan..tapi cuba tengok skrg ni,,dari merdeka, sampailah 2011, aku tengok, x de pulak BARISAN mengahancurkan negara kita..makin banyak perubahan..makin banyak perkembangan positif, sehingga Malaysia menjadi negara yang dipandang dunia..

kita dah nampak BARISAN mentadbir negara dengan cemerlang, buat apa nak buat experiment dengan bagi negara kat PAKATAN pulak? nak tengok sama ada PAKATAN lagi bagus ke x? percayalah kepada parti yang telah menaikkan nama Malaysia, bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi..

kamu, kamulah,,kamu sering post di fb, memburuk burukkan BARISAN..sepertinya kamu sudah berubah ke arah yang lebih baik..Alhamdulilllah,,tetapi, kalau kamu dah berubah menjadi insan yang lebih baik, mengapa x kenal erti bersyukur. bukankah Islam mengajar kita untuk bersyukur?

apa yang aku tulis kat atas, sekadar pandangan dari perspektif seorang pelajar yang masih mentah..masing2 mempunyai pandangan tersendiri..orang PAKATAN  panggil orang BARISAN sebagai "bodoh"..begitu juga dengan orang BARISAN, memanggil orang PAKATAN sbg "bodoh"..masing2 saling membodohi..

besok aku nak pergi sarawak untuk menyertai program anjuran pihak kolej...dalam program ni,,adalah menerapkan nilai nilai 1 Malaysia..tu yang aku agak bersemangat ..haha,,sorrylah bloggie..panjang pulak aku tulis..


akhir kata drpd aku,,salam satu malaysia bloggie..enjoylah vdeo mahathir vs yahudi ni ea :) berbanggelah sebab ada orang melayu macam ni..nyte2 bloggie :)


Sunday, October 2, 2011

Alvaro Victor and Hudud

hello bloggie..hari nak cite pasal hukum hudud, yang bakal dilaksanakan kalau pakatan rakyat menang PRU-13 kali ni.

i've no comment about this issue,,sebab kurangnya pengetahuan dalam perkara ni..daripada aku melalut, baik aku diam diam je..ape yang aku tau,hukum HUDUD adalah hukum ALLAH S.W.T yg wajib dilaksanakan ke atas umat Islam.

sekarang ni, ramai orang share satu post dari seorang remaja KRISTIAN yang bernama Alvaro Victor (x berape nak handsome,,tapi bolehlah..)...berasal dari sabah..disebabkan satu satutsnya di FB yang membincangkan tentang issue ini, dia telah mendapat beratus ratus friend request.

Sehinggakan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat pon share status budak ni..

inilah status alvaro victor tu..cuba bace.


kelakar baca status Alvaro yang seterusnya (lepas dia jadik famous)..

dia pon x sedar dia jadik famous sbb Hudud

apa yang aku harapkan, semoga Alvaro Victor ni mendapat hidayah dari Allah untuk masuk Islam..aminnnnn :)