Saturday, December 31, 2011

biar mimpi sampai ke bintang

wahhh,, hello bloggie...lamenya aku x update belogggg aku ni!!! malas sebenarnye nak update,sebab aku dah jarang bukak laptop ni..

btw, hari ni 1/1/2012...happy new year!!azam aku hari ni semua dah terlaksana..


  • bangun at least kena pukul 9
  • sarapan kat tasneem
  • basuh maxie (motor aku)
  • jemur baju

  • kemas dapur
  • n last sekali...nak update belogggg yang dah lame kena tinggal!!
  • owh, ade lagi satu..nak tolong masak kat dapur
hari ni jugak, maktam aku tanya buat kali yang kedua kat aku, tentang symptom yang dia ade (sebab aku kan budak medic, high expectation from my relative laa)

dia tanya "mak tam ade sakit dada belah kanan, pastu ade lenguh2 tangan"

owh tidak!! teruslah aku google...balas punya balas mesej, last2..aku suruh dia jumpe dr..sebab dia bagi rating 3/5 sakit dia tu...agak tinggi lah kan..

okay, mengenai tajuk post aku hari ni "biar mimpi sampai ke bintang"..sebenanrnya ni tajuk cerita..

menggabungkan pelakon indonesia n pelakon malaysia..

aku x pernah suka cerita sinetron (cerita orang indon)..so aku x kenal lah pelakon2 sana..kenal muka je sebab astro banyak iklah pasal citer diorang..

eh,, adelah citer indon yang aku tengok..my heart,,love is cinta,,ku tlah jatuh cinta..sebab ade irwansyah..aku minat dia

cerita yang aku tengok ni, hero dia Randy (indonesia) and heroin elfira loy (malaysia)..



overall,,citer ni serious best! walaupun aku x brape nak suka lakonan elfira loy..tapi cerita ni best!

ceh, macam nak promote plak..

okaylah,,ade keje lain..

annyong bloggie :) jumpa lagi ^_^"

Thursday, December 8, 2011

negative


kalau hari ini baik,
besok mesti lagi baik.
kalau hari ini teruk,
perbaiki untuk esok.
hari ini lebih baik dari semalam,
dan besok adalah yang terbaik.

aku dah tampal kata-kata ni depan meja study aku..aku akan cuba yang terbaik setiap hari..ni yang aku dapat masa aku pergi kem tu..

but, not for today...i've been so negative all day long..in the lecture, i sit next to a WRONG person, that totally ruin my mood..

in the library, i read newspaper with a WRONG person, that also ruin my mood..

i pissed off with this two annoying girl!!

aku x rase nak terserempak dengan korang, dalam waktu terdekat ni..

stay away from me!



Sunday, December 4, 2011

kalau dah nama doctor...

hello bloggie..sampai 2 post kan untuk hari ni..x pelah,,blog aku..

okay,,kat fb,,aku jumpe satu fanpage..name dia, "doctors hangout"

pastu, admin dia post lah satu gambar ni..


kalau tengok betul2 gambar tu,,mmg susahlah nak carik gambar kucing..10 minit aku menghadap benda ni...sampai ngantuk aku..

last2 aku give up..aku bace komen.

tapi komen2 dia x boleh blah..


memang medic habis lah jawapan..2 orang ni mmg pelajar medic gred A+ ..

bifurcation...
1st 2 branches...
upper border of...

words kat atas ni mmg boleh nampak dimana mana,,tapi its more common in medics life.

bai :)

kem seri iskandar

hello bloggie..hujung minggu ni,aku kena pergi kem..sebab aku gantikan miah yang pergi berakit tue..

patutnya 15 orang pelajar rcmp yang pergi..van dah siap dua bijik lagi..tapi semua pakat x nak datang..junior lah tu..alasan :: sebab nak exam...hello,,exam EOM je pun..bukan korg study pon.blah lah!

baik bagi hani yang pergi..bodohlah! geram pulak aku...

yang lepas tu lepaslah..

oklah, pasal kem tu pulak..

ape yang korang expect dalam sesebuah kem kan..mestilah bagikan kumpulan..

"okay, amek kertas mahjong ni..lukis benda ni...terangkan ramai ramai kat depan.."

"okay,,bina cheer kamu sendiri..buktikan kumpulan kamu hebat"

"okay,,kamu semua kena berkumpul kat sini tepat pukul sekian sekian..sape lewat kena denda"

kay monlah pihak penganjuran..x sedar ke pelajar malaysia dah muak dengan semua content yang CLICHE kat mane mane kem or program..

buatlah satu pembaharuan...masak masak ke..main tepi laut ke..main air terjun ke..lumba lari ke..(walaupun macam x de motif kan benda tu sume..)

at least, buatlah something different..

tapi untunglah akukan..aku dapat grupmate yang best..

aku paling suke bila dalam grup, mase kitorang bincg rmi2 pasal cheer..lagi lagi ade budak pre meds dari aucms ni,,mmg otak gila2 punye..boleh die rap !!terbaik dr ladanglah

budak laki dia sorg ni baik je..panggil aku akak lagi tu..

mase kitorg bincang utk pesembahan pon best..bincang punyalah gempak..tapi ape yang jadik..dikir barat tepuk x serentak..orang gelak jelah..aku atas pentas pon gelak lah sambil tepuk2 tue..

lagi yang best, ceramah motivasi..air mate aku gedik2 pulak nak kluar..cover habis baik ,,air hingus pulak keluar!

overall,,aku sukelah kem motivasi ni...at least, x rase menyesallah datang kan..cume aku x suke masa majlis penutup..perlu ke setiap majlis ade ucapan?panjang pulak tu..buang masa tau x!

okalah,laporan siap..anyong :)


Thursday, December 1, 2011

ni macam pelik, tapi aku tetap nak cakap..

hello bloggie. baru lepas tengok ombak rindu..pannnnjanggggg sangat cite dia..ade part bossssannn, ade part aku teruje nak tengok..silih berganti part tu datang.tapi, x lah aku kategorikan x best macm nur kasih ngan lagenda budak setan.ermm, oklah..sape yang jiwang terlebih macam orang rumah min tu bolehlah tengok.

bukan ombak rindu yang aku nak cite sekarang..aku kan tulis kat atas tu "macam pelik"..sebabnya, aku memang pelik sangat dengan diri aku sekarang. dulu aku memang peminat setia korea or what so called kpop tu lah..memang fanatik gilalah!

tapi, sekarang ni, aku jadik menyampah dengan orang yang obses dengan korea..dalam kepala otak aku "weyh, dah dah lah tu!bosan tau x."

dalam otak aku lagi "kagum gilalah dengan golongan2 ni.x pernah bosan.." aku ni kan blood type O,,sebab tu mudah bosan dengan sesuatu.

orang fanatik korea ni pelik sikit tau..aku kan pernah mengalami..serius lain.scary,psycho,determine,faith,crazy, immature macam macam lagilah..

tapi aku x delah terus membenci korea kan..aku bukak je channel kbs world tu...aku tengok je snsd nyanyi the boys kat music bank..cuma aku x brapa nak faham dah kenapa aku minat sangat ngan diorang dulu?

conclusion of the story: aku muak dengan kpop/korea


Wednesday, November 30, 2011

final dah dekat.seramm!

hello bloggie..lame dah x mengarut pasal diri sendiri.

nak tau x,,final lagi sebulan..tolak cuti, tolak lagho, tolak tdo..pejam celik,pejam celik..memang kejap sangat lagi nak final..

FOMS, MSSK, CVS, HIGO, GIT, EGUR, CNS...aku belum cover ape ape..

GIT dah lah...sikiiiiittt.. 1/50 from the whole module..

ape nak jadik ni? tajuk mmg aku cakap seram,..tapi perasaan sebenar, x seram langsung, cuma runsing sikit sebab aku ni pemalas sangat..

macam mana nak jadi rajin macam budak rumah ani r?

kalau aku study, rase seronok sangat lepas tu..tapi nak mulakan tu mmg payah sangatlah..hanya Allah je yang tau.

ermmmm..conclusion: aku nak tdo! ngantuk..

okbai :)

Sunday, November 27, 2011

MALAYSIA VS BAHRAIN: Kekalahan yang amat menghampakan,tapi...

KF,,ape benda ko ni?selalu cemerlang je aksi ko..ap kes malam ni?

Harimau Muda, dulu masa lawan syria ,,bolehlah guna alasan "harimau lesu"..sekarang ni??

kita dah lead 2-0 kot..pastu,,senang2 je bagi diorang free goal sampai 3?ape ni!!

kata2 kat atas tu bukan dari aku ea..tapi dari facebook..memang malam ni,,semua rakyat MALAYSIA amat kecewa dengan prestasi Harimau Muda...

n aku dapat rasakan,,KF mmg kena teruk lah..pemain semua pon mesti kena hentam teruk..sape x terkilan kan..bile kite dah macam nak menang, pastu..dalam masa 6 minit je, semua jadi lain..

ramai kawan2 kat fb cakap yang Harimau Muda ni over cnfident...melayu dia terlampau yakin..mungkin diorang masih diawang-awangan sebab menang SUKAN SEA hari tu kan..

kekalahan dgn Syria, penonton still stay kat dalam stadium..tapi kekalah dengan bahrain dalam masa 6 minit, ramai yang lari keluar stadium..

semua dah hilang kepercayaan kat Harimau Muda kan..

Tapi, inilah manusia..bila diorang kat atas,,puji melambung..tapi bile diorang kat bawah, kutuk macam diorang x de perasaan..bukan aku nak side Harimau Muda yang memang buat aku terkilan malam ni..cuma aku agak marah bile mentaliti kita still mcm ni..

aku pon same je..agak marah dgn KF malam ni..tapi, bile aku fkir2 balik, inilah yg dinamakn ketentuan tuhan..

mesti ade yg cakap..

kutukan semua ni,, buat peringatan kat diorang..supaya diorang bangkit n terus maju ke hadapn..

emm,,baguslah tu..cuma sape yang x rasa down bile kena kutuk kan..kena kutuk dengan sorang je pun dah rasa frustated gile..berpada padalah kalau nak mengutuk tu..

seperti post aku yang ini ..aku akan terus menyokong diorang..cuma aku harap, diorang x kan terus terusan melenturkan kepercayaan rakyat malaysia kat diorang..

n, aku suka dengan komen seorang kawan kat fb ni..

tu nmenyer xd rezeki...
ap pn dorg dh cbe sbaik mgkin,
cbe kte yg gnti tmpt dorg...knfem bole menang ke??
so hrgai la pmain kte wlaupn kalah..
jgn menang myokong tp kalah mgutuk..

ok guys, kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya..cuba lagi..fighting!!! 

Wednesday, November 23, 2011

demam suka SEA masih diteruskan *semangat x aku?*

Tanpa menghiraukan cemuhan penyokong tuan rumah,
tanpa menghiraukan serangan mental mahupun fizikal.
tanpa gentar dengan asakan padu mereka.
tanpa erti PUTUS ASA...

terima kasih!
terima kasih!
terima kasih!
terima kasih YA ALLAH kerana memberi kejayaan ini kepada kami
terima kasih HARIMAU MUDA kerana berjaya memelihara maruah negara
terima kasih rakyat MALAYSIA kerana sentiasa menyokong
sentiasa berdoa untuk mereka..
sentiasa memberi semangat di kala mental sedang dicerca..




pertama kali,
aku rasakan bola sepak negara sedang meniti kemasyhuran
setelah sekian lama menjadi bahan ejekan rakyat sendiri
akhirnya mereka membuktikan bahawa MALAYSIA BOLEH!

mungkin belum jumpa lagi MOKHTAR DAHARI
mungkin kita masih di bawah korea selatan..
mungkin kita belum layak untuk ke olimpik..

namun, percayalah.
ini hanyalah permulaan.
permulaan kepada perjalanan bola sepak negara
yang selama ini menyuram

wahai rakyat MALAYSIA,
teruskanlah memberi sokongan,
teruslah memberi galakkan,
teruslah berdiri di belakang mereka..




kerana tiada apa yang mustahil sekiranya kita sentiasa bersama
KITA SEMUA BAWAH SATU BENDERA
DAN PERCAYALAH.
MALAYSIA BOLEH!



P/S: sajak di atas di copy dari satu sumber yang perlu dirahsiakan..and aku dedicatekan dekat semua HARIMAU MALAYSIA...x kiralah muda ke tua..sebab mereka semua adalah HARIMAU MALAYA!

Monday, November 21, 2011

congrats malaysia, khairul fahmi worldwide trending

hello bloggie..sebelum ni aku ada post, yang aku berdoa semoga malaysia menang kan.. (doaku untuk harimau malaya)..n alhamdulillah,,HARIMAU MUDA berjaya membawa pulang pingat emas..

aku amat berbangga dengan diorang...

pada awal permainan, Indonesia mendahului dengan sepakan dari sape entah..aku dah mula emo dah..lepas gol indon tu je,,x bercakap lah aku..mmg emo+sedih+sedihhhh sangat :(((

lepastu, dengan sepakan penjuru dari kapten malaysia- baddrul dan ditanduk kemas oleh penyerang malaysia-asra (hansome), akhirnya MALAYSIA mampu mengikat mata penyamaan (betul x kosa kata aku ni)...

dengan menggunakan segala kudrat yang ada, aku menjerit sekuat hati!!peluk semua orang dalam rumah aku ni..erin menjerit kegirangan, awin menangis keharuan, jah tersenyum kegembiraan, sarah melompat keterujaan...kami seperti dirasuk syaitan!!

mmg macam nak nangis, tapi lek dulu..baru 1st half..

masa second half pulak..indon asyik serang je..pemain malaysia nampak keletihan..momentum permainan harimau muda nampak sedikit goyah..dengan hanya bertahan, tanpa menyerang, kita masih mampu mengekalkan kedudukan seri satu sama sehingga wisel penamat.
(mcm comentator dah ni)

namun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol malaysia.......cop...tuka corak penyampaian..

tapi,,KF mmg terbaiklah!!!die selamatkan banyak gile bola..bonai sampai dapat tension-headache..jampi punya jampi,, bola x masuk2 jugak!! tension aku (kate bonai)

defense kite pon hebat jugak :')

tamat separuh masa kedua, kedudukan seri lagi ni..so adelah masa tambahan..still x de gol...

akhirnya,,kemuncak bagi segalanya..hanya penalti yang menetukan siapa menang, siapa kalah..

sengit sangat!!dan akhirnya..MALAYSIA MENDAPAT KELEBIHAN SATU GOL!!!!!! HASIL SEPAKAN KETUA PASUKAN-BADROL....tahniah diucapkan.....okay,,tuka corak penyampaian..

terbaiklah baddrol..walaupun mula2 bola tu macam dapat diselamatkan,,tapi,,berbekalkan doa rakyat malaysia yang jitu ni,,bola tu melantun ke dalam gol....terima kasih YA ALLAH...TERIMA KASIH!!!

apa yang paling manis, kita menang 2 kali kat tempat yang sama,,lawan tuan ruman,,,disaksikan hampir
100 000 penyokong tuan rumah dalam stadium bong karno tu! TERBAIKLAH MALAYSIA...

sanggup aku stay up lagi sekali,,sbb nak ucapkan tahniah kat skuad harimau muda...

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

and,,berbalik kepada tajuk post aku hari ni..disebabkan malaysia menang...#congratsmalaysia n #khairulfahmi jadi world wide trending kat twitter..tapi sekejap jelah..iyelah..rakyat malaysia kan x ramai..

last but not least, CONGRATS MALAYSIA,,KHAIRUL FAHMI, you are the best...and skuad HARIMAU MUDA, kamu telah menaikkan MARUAH NEGARA MALAYSIA...

I AM PROUD TO BE MALAYSIAN


p/s: x payahlah nak marah sangat dengan fakri tu..ingat dia nak ke tendang bola tepat2 kena penjaga gol indon tu?dia yang bawak malaysia ke final kan.sampai nak buat main name dia,,suka hati tuka ejaan,,ni ke sikap rakyat malaysia..setahu aku,,ni sikap ortang x bertamadun je..

doaku untuk HARIMAU MALAYA


YA ALLAH..
berilah kemenangan kepada HARIMAU MALAYA..
semoga kami dapat pulang dengan membawa pingat emas..
permudahkanlah pemain2 MALAYSIA untuk menentang pemain2 INDONESIA
dan...
berilah kesedaran kepada rakyat INDONESIA supaya menghormati kami, rakyat MALAYSIA
Amin Amin ya Rabbal 'Alamin

kepada skuad malaysia,,
apapun yang terjadi malam ni,
tak kira menang atau kalah..
sokongan tetap diteruskan..

HARIMAU MALAYA!
BERUSAHA!


kami akan sentiasa menyokong anda

Thursday, November 17, 2011

special post for Harimau Malaya

hello bloggie.lame dah x update rasanya.. nak update pasal pergi taiping hari tu dengan housemate, tapi maklumlah..intenet rumah aku kan suka buat hal. malas dah nak upload gamba.

hari ni, Malaysia lawan indonesia untuk perlawanan separuh akhir sukan SEA. masa syahrul golkn, boleh plak aku tertidur.penat sangat hari ni kan..

bile terdengar housemate jerit kuat gila (macam hajar jerit masa pencurik masuk rumah kitorang), terus aku terjaga. terus lari turun bawah..

perlawanan malam ni mmg berdebar sangat2 lah. yelah, Malaysia lawan kat indon-orang indon benci Malaysian-pressure dekat stadium-coach kena halau-indon banyak IMPORT---setelah melaui semua itu, akhirnya kite menang jugak!

congratz defense, congratz syahrul, congratz khairul fahmi ! korang mmg terbaik! aku mmg suka gile sebab kite kalahkan indon kat tempat dia..



kalau lah main kat malaysia, n bukan bawah 23 je yang main, mmg 3-0 lah!

x baik riak..

apepun, aku bangge sangat jadik rakyat malaysia! aku bangge sangat dengan Harimau Malaya!! aku bangga pakai jersi malaysia malam ni. n dah pukul 2 pon, aku still x tdo sbb nak update blog pasal Harimau Malaya

HARIMAU MALAYA TERBAIKKK!!!




Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..



Saturday, November 12, 2011

greyson chance vs najwa latif

hahahha, budak ni comellah.bukan najwa ea..tapi greyson tu..


Monday, October 31, 2011

takutnya

dah nak dekat kan, so aku dah mula rasa takut.dulu tak sebab x berapa nak faham..sekarang dah faham sikit sikit.

bila blog yang pro pun dah mula berpaling tadah, x ke seram?

macam manalah kalau kalah eak? kalau ikutkan perjuangan masa diorang keluar dulu, aku boleh terima. tapi sejak ada duri dalam daging tu, nak bagi jugak ke nasib kat tangan dia?

maybe dia pro-barat.macam mana kalau macam tu?takut apa2 jadi kat kami.

aku sentiasa doakan yang terbaik.

Friday, October 21, 2011

mood, where are u going

hello bloggie..2-3 hari kebelakangan ni, aku mcm dah x de mood la..aku x tau sebab apa, sebab effect slalu dnga lagu emo ke?

maybe sebab tengah dalam keadaan hormone x stabil kot..tpi lame lagi aku nak period. so maybe ade fluctuation hormone lain selain dari hormone for menstruation cycle kot.

masalhnya, sekejap mood ada, sekejap x de. macam intenet rumah aku, sekejap ada, sekejap x de.



mungkin juga sebab perubahan aku yang banyak bercerita pasal orang lain kebelakangan nie. tp mcm x je..bergosip mmg rasa berdosa tapi aku x brape nak rasa bersalah. okay, aku kena join usrah! (just kidding)

okay, mari carik sebab lain. sebab orang sekeliling aku pon macam dah x de mood kot. hari hari ada orang emo, ade orang jiwa kacau, ada orang yang hilang jugak mood dia macm aku..

lepas tu aku akan terfikir, diorang jadik macam tu disebabkan aku ke? ak ni PERASA (mudah terasa) sikit. tapi lepas tu aku akan terfikir balik apa yang aku buat.mungkin ada yang disebabkan aku, mungkin tak.ermm. ALLAH know the best!

sebab lain, aku x study. aku rasa aku BODOH! bodoh sombong to be exact. dah tau bodoh x nak study. dah tau bodoh x nak focus kat kelas!

tapi, aku kan x de mood. padahal belajar ketika malas adalah antara jihad yang besar. tapi aku lagi besarkan malas aku dari jihad. BODOH kan aku!

my family will come to perak this coming sunday. i hope for a new hanset, for a wonderful dinner and lunch, n i really hope that they arrive SAFELY. ALLAH, please ease their way to ipoh.

p/s: having twitter is one of the unnecessary thing actually. twitter is the BIGGEST factor of my mood swing! should i deactivate my twitter account? nope!



Wednesday, October 19, 2011

Best Friend

hampir setiap orang ada best friend..tapi tau x ape maksud best friend?

bagi aku, best friend tu kawan yang boleh buat ketawa, kawan yang boleh mengadu, kawan yang boleh nanges same2..




 biasanya, best friend ni antara 2 orang, tapi mungkin je ade yang lebih dari 2 orang..




 kalau macam aku, aku ni memang seorang kawan yang boleh buat ketawa sama sama, tapi aku x pandai nak menangis sama2 dengan kawan2 aku..aku x pandai nak adukan masalah aku kat diorang, aku x pandai nak mendenga masalah orang lain..

yup, aku x boleh jadik best friend orang lain, tapi x pe..aslkan aku ada kawan yang boleh buat aku ketawa dah cukup..

kawan menangis aku biasanya kertas dan pen, x pun shower..sebab aku lagi suka cara ni untuk buat aku okay..kalau aku cakap dengan orang benda yang buat aku sedih,,darpida nak menangis terus jadik ketawa nanti..x leh blah

tapi bukan pasal aku yang nak diungkapkan di sini..boleh x best friends bergaduh?

of koz lah, n kalau 2 orang best friends bergaduh, effect die lagi besar daripada bergaduh dengan musuh2 kita..kenapa best friend perlu bergaduh?

sebabnya banyak..antaranya, kecewa dengan sikap dia, bosan dengan dia, salah faham, CEMBURU... tapi kebanyakkannya hanya diesbabkan satu perkara..satu perkara yang betul2 besar, telah melukai hati seorang kawan yang seorang lagi..

sekarang ni, aku dah lihat 3 situasi di mana best friends dah jadik macam enemy..ermm, mungkin x sampai tahap enemy..hanya bermasam muka,,untuk seminggu, 2 minggu or maybe sebulan..

1 situasi telah diselesaikan dengan aman dan aku gembira dengan perkembangan itu. tahniah kawan ku.. .. =)

lagi 2 situasi, mereka berempat..ermm,,tapi dalam 2 situasi yang berbeza. seorang daripada empat itu terdapat dalam kedua dua situasi...

macam mana aku tau? berdasarkan pemerhatian aku yang memang kaki gosip ni.. aku bukan nak busy body ke apa..maybe aku lagi suka tengok kau dan best friend kau rapat macam dulu..ketawa macam dulu..sentiasa bersama sama macam dulu..

aku agak sedih..ermm,, x sedih kot..aku agak kurang gemar bila berlaku permasaman muka antara kamu berempat (dalam 2 situasi yang berbeza) sebab yang mungkin aku x tau, sebab yang hanya korang berempat je tau, tapi aku tetap berharap kamu berempat kembali seperti dulu..

dulu, aku agak jelous dgn keakraban kamu berempat, tapi skrg, knape dah macam strangers antara satu sama lain?


Tuesday, October 18, 2011

my new addiction

hello bloggie..kisah bermula apabila salah seorang kawan saya post video sam tsui kat facebook..aku tengok n aku terus tersuka kat dia..walaupun dia x brape nak hansome sangat, tapi suara dia amat best..aku amat suka..dia banyak buat cover lagu orang,,tapi still dia ada lagu sendiri..

aku paling suka dia buat cover "jars of heart" -rock version-..serius sedap giler!!


pastu,,ade je lagu lain yang dia buat cover n sume aku suka..lagu adele 'rolling in the deep' yang aku x suka pon jadik sedap *bias (-_-")


rolling in the deep

hold it against me

born this way


how to love


if i die young


we found love (ni antara yang tersedap jugak lah)

he also has his own song,,tapi biasa2 je..x delah sedap mane..



at least, he's doing a cover with a perfect and good voice..bukan macam sorang budak ni..make a cover of other's song , but her voice is just like singing in a karaoke..huh?? n ramai plak yang suka..x pelah, citarasa masing2..

nampaknya i need to say goodbye to SHINee lah..n those k-pop thing..actually, dah say goodbye lame pon,,cuma ni nak official,,sbb tulis kat blog...pasni,,x delah aku dgn korea je..hehe

oklah,,nak tgok citer korea dulu..annyong!





Tuesday, October 11, 2011

A Touch of Sarawak-MEMORABLE experience-


Hello bloggie..first sekali,sebelum aku nak tulis panjang2, aku nak cakap terima kasih sgt kat awin sebab ajak aku pegi sarawak...mula-mula, rasa takut jugak..yelah,,aku mane penah naik flight..dalam kepla otak,,dah terfikir mcm mcm ..kapal terbang terhempas lah, x lepas mase di scan sbb ade org masukkan dadah lah..tapi,,syukur sebab sume benda tu x berlaku..

pengalaman pergi ke sarawak dengan housemate and kawan kawan yang lain ....serious TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK!! pengalamn yang paling best,,pengalaman yang paling aku x boleh lupa..senang kata,,aku suka gila dengan "percutian" kitorang kali ni..

masa first sampai,,kitorang tinggal kat DBNA selama satu malam..DBNA=Dayak Bidayuh National Association..

belakang tu dewan utama DBNA, gmbar beramai2 sebelum meninggalkan DBNA

Dinner kat DBNA

Dekat pintu masuk DBNA

dekat DBNA,, macam biasa je..tenpat pon x delah cantik sangat,,x delah buruk sangat..malam pertama kat Sarawak,,kitorang buat rehearsal and ice-breaking..insyi ajar kitorang main blowing blow...malam tu,,aku pakai baju jingga,,tudung biru..aku malas nak matching2 colour hri tu,,tapi bile tgok balik gba aku,,malu pon ade..ape ke sengal aku pakai mcm tuh!!!

sengal x sengal? sumpah x nak buat lagi

esoknya,,kitorang pergi water front..tempat shopping souvenir n makanan sarawak..aku habis RM120 kat situ...


okay,,lepas pergi water front tu yang paling seronok!!kitorang pergi Sarawak Cultural Village (SVC),,kat situ,,kitorang tengok rumah2 yang ade kat sarawak..




















Tengok2 rumah,,bunyinya x delah menerujakan sangt kan..ape yang paling menerujakan,,ade show pukul 11.00 pagi..show tarian kebudayaan kaum di sarawak..serius BEST GILER!!!lagilah ade dua orang penari yang hansome,,lagi BEST!!!

serius die comel gile,,kelakar pon ade,,gedik pon ade!!


yang kiri tu comelll!!

tempat aku mmg betul2 strategik..heee,,suke2

tapi, of koz lah hani yang paling best..die kena panggil atas pentas,,pastu dapat gambar dengan diorang pulak tu..ape lagi,,kitorang sorak lah kuat2..teruja sebab kawan kitorang yang dapat naik atas pentas tu..

jeles gile dengan hani!!!!

ramai gile yang tengok show tu,,kebetulan ramai budak sekolah pegi SCV hari tu...

lepastu,,kitorang pon berangkatlah ke kampung Bunuk..penduduk kat homestay ni,,amat bangga dengan budaya diorang..almost all of them are christian..aku x de downlod gamba mase dekat kampung bunuk..banyak kat camera mozack tapi die belum upload lagi..

tapi,,serius..kat kampung ni mmg aku enjoy sgt..malam pertama kat kg tu,,kitorang menari mcm orang gile!!even aku x pandai menari,,tapi aku tetap enjoy sgt!!adelah makcik yang memberi air tuak kan,,nasiblah x de kawan2 aku yg muslim ni pegi minum..

kepecayaan diorang mmg lain sgt dengan kite..tapi pandai2 lah jaga diri kan..auntie homestay aku dengan family die serious terbaik!!dengan housemate yang best: hani,,rahee,,abby,,afiq,,mozack...menjadikan suasana amat best!!!!

cara pemakain yang salah sebenarnye


pondok kecik je,,tapi serius enjoy gile malam ni "MALAM MABUK"

esoknya,,ada aktiviti kolej satu hari..medical chek-up, career talk,, community work.n sukaneka.


habes je buat sume tu,,kitorang pegi bamboo bridge merentasi sungai yang ade buaya putih..


x delah tinggi sangat,,tapi kaki still ketaq!!


eeee!!!tangan rahee overlah


tapi,,aku,,afiq n awin ade pengalaman tambahan,,kitorang pergi rumah ke rumah sebab nak panggil penduduk kampung pegi dewan,,buat medical check-up..afiq awal2 je smgt,,last2,,die yang dah x larat..hampeh lah ko azwan ali!!

malam tu,,malam penutup sudah...biasa je malam tu,,cume mozack terlebih hyper..die dah terjangkit dengan aby,,bayangkanlah..sume orang dah duduk sebab penat,,die boleh lagi menari sorang2 kat depan..n ade pesembahan dri budak2 bidayuh..comel sangat!!!


seperti yang aku ckp tadi,,gambar2 dengan family angkat x dapat nak upload..sbb x de kat aku lagi..besoknye,,kitorang dah kena balik..sob sob...disebabkan esoknya kitorang balik,,malam tu,,kitorang berbual dgn family agkat spi pagi..banyak belajar pasal diorang..

selamat san san-selamat pagi
selamat ngarem-selamat malam
selamat tengahnde-selamat tengah hari
bengap-kepala
berak-pisang
belon-kapal terbang
tenuk-makan
lawa-sombong

banyak lagi,,tapi otak aku x berfungsi skrg..

dan,,kami pon baliklah ke semenanjung...sob..sob...sob..sob

awan nano!!!~~

hmmm,,,pengalaman dekat srawak mmg TERAMAT AMAT SANGAT BEST!! thanks kat penduduk kampung bunuk sebab bagi layanan yang terbaik untuk kami semua..x kan lupe auntie jeanne ,,jojo,,angelina,,michelle,,alvira,,uncle..n sume lah!!thanks korang..



oklah,,sampai sini jelah..akhirnye,,siap pon report aku..